Biografi Nicole Anderson

Nicole telah mula berlakon sejak kecil lagi. Beliau telah terlibat dalam gimnastik ketika berusia 3 tahun dan selepas 10 tahun, beliau terlibat dengan beberapa kejohanan gimnastik peringkat negeri dan kebangsaan.

Beliau turut memenangi biasiswa ke sekolah peragaan Barbizon di Atlanta, Georgia, AS ketika berusia 13 tahun. Beliau turut pernah menghiasi iklan-iklan seperti: "Mary Kate and Ashley Online Clothing", "Every Girl", "Stand Up", dan "Bratz-Pretty 'n' Punk & Treasures".

Nicole turut membintangi beberapa siri seperti: Unfabulous, Zoey 101, Nobody, Hannah Montana, iCarly, Sunday! Sunday! Sunday!, "Make It Or Break It", dan Princess. Beliau turut membintangi siri original Disney, JONAS sebagai "Macy Misa".

Nicole berketurunan Sepanyol dan Filipina dan mempunyai dua orang adik-beradik iaitu Ken dan Nadine.